Thursday, October 23, 2008

Jemputan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Rumah Azlan bin Mohd Samin, Ketua Bahagian PKR Sepang

Semua ahli-ahli PKR Bahagian Sepang dijemput untuk menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri di rumah Azlan bin Mohd Samin,Ketua Bahagian PKR Bahagian Sepang iaitu:

Tarikh : 25/10/2008
Hari : Sabtu
Masa : 12.00 t/hari ~ 4.00 ptg
Alamat : No.11, Jalan Kenanga 3, Taman Dengkil Jaya, 43800 Dengkil, Selangor.
Tel : 012-267 7801




Wednesday, October 8, 2008

DSAI Di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Hari Ini




(Kemaskini perjalanan mahkamah)

9.48pg : DSAI tiba di perkarangan mahkamah.

9.53pg : Hadirin masih menunggu kedatangan Hakim Komathy Suppiah. Antara barisan peguam DSAI ialah Tn Hj Sulaiman Abdullah, Sankara Nair, Edmund Bon dan Amir Hamzah.

10:14pg : Hakim Komathy Suppiah sedang menyatakan asas perundangan mengapa beliau mempunyai kuasa untuk menentukan Sijil Perintah Pemindahan ke Mahkamah Tinggi tersebut sah atau tidak.

10.22pg : Tn Hj Sulaiman Abdullah baru selesai berhujah agar Puan Hakim untuk terus kekal dengan keputusan yang lepas.

10.26pg : Datuk Yusof bagi pihak Pendakwa sekarang mula berhujah untuk mempertahankan cadangannya membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.

10.35pg : Penyokong DSAI semakin ramai memenuhi ruang di dalam dan di luar kamar Mahkamah.

Bantahan Pendakwaan sekarang menjurus kepada membantah bidangkuasa Puan Hakim untuk mendengar bantahan Pembela terhadap penglibatan Gani Patail di dalam kes ini.

Mahkamah meneruskan hujah Pembela membantah penglibatan Gani Patail melalui tandatangan beliau di Sijil Perintah Pemindahan oleh pihak Pendakwa.

11.15pg : Pihak Pendakwa memohon pergantungan perintah Hakim tetapi ditolak. Pihak Pendakwa berhujah untuk mengemukakan afidavit Gani Patail tetapi dibantah oleh pihak Pembela.

11:34pg : Mahkamah ditangguhkan seketika.

12:37tghr : Kes akan disambung semula pada jam 2.30 petang hari ini.

3.20ptg : Perbicaraan disambung semula.

3.45ptg : Tn Hj Sulaiman menghujahkan bahawa tandatangan Gani Patail pada Sijil Perintah Pemindahan itu bertentangan dengan prinsip keadilan kerana adanya laporan DSAI berkenaan penglibatan AG dalam kes terdahulu.

Mahkamah ditangguhkan dan disambung esok pada pukul sebelas pagi.

Thursday, September 11, 2008

Mesyuarat Agong Tahunan Bahagian Sepang 2008

Untuk perhatian semua ahli Parti Keadilan Rakyat Bahagian Sepang

Mesyuarat Agong Tahunan Bahagian 2008 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 21 September 2008 bersamaan 21 Ramadhan 1429 H
Hari : Ahad
Masa : 3.00 petang
Tempat: Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang,Banting Kuala Langat Selangor
.(rujuk peta dibawah)

Semua ahli dijemput hadir

Sekian terima kasih.




Kemaskini Prosiding Mahkamah